Keratan Akhbar Pilihan: Sindiket Edar Syabu Terbesar di Perlis Tumpas

  • Whatsapp

INFOINDONESIAINEWS.COM | KANGAR, MALAYSIA – 16 Januari 2024 – Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan kawasan Hutan Simpan Persekutuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Padang Besar sebagai lokasi transit selepas merampas 528 kilogram Syabu bernilai RM19 juta pada Rabu lalu.

Dalam kejadian itu juga, empat lelaki berusia antara 21 hingga 42 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket itu terbongkar selepas anggota polis daripada JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah di sekitar Padang Besar.

“Hasil soal siasat dengan suspek membawa kami ke tempat penyimpanan sejumlah besar dadah di kawasan Hutan Simpan Persekutuan FRIM di Jalan Tasoh-Kaki Bukit-Padang Besar.

“Pemeriksaan di kawasan itu menemui sebuah troli besi ditutupi ranting dan daun terbiar yang di dalamnya ada 20 guni berjahit mengandungi 480 bungkusan plastik teh Cina disyaki dadah jenis Methamphetamine atau Syabu seberat 528 kilogram.

“Susulan tangkapan lelaki itu membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia antara 21 hingga 42 tahun di lokasi sama disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit,” katanya pada sidang media di IPK Perlis, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

WarAgainstDrugs

NARASUMBER PEWARTA: DEWI KHOLIFAH HAMZAH. EDITOR RED: LIESNAEGA.

Pos terkait

Tinggalkan Balasan