Taktik Sindiket Tanam Dadah Dalam Kandang Kambing Terbongkar

  • Whatsapp

infoindonesiainews.com | SHAH ALAM – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, Selangor dan Shah Alam berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah Heroin, Heroin Base dan Syabu menerusi (2) serbuan berasingan di Lembah Klang.

Ketua Polis Selangor, YDH CP YDH CP Dato’ Hussein bin Omar Khan dalam satu sidang media di Mess Pegawai Kanan IPK Selangor, berkata, serbuan pertama adalah di sekitar kawasan Puncak Alam dan berjaya menangkap (4) orang suspek serta merampas 260.149 kilogram dadah jenis Syabu.

‘’Manakala serbuan kedua pula, pihak polis telah berjaya menangkap (6) orang suspek serta merampas 49.525 kilogram dadah jenis Heroin, 1.617 kilogram dadah jenis Syabu serta 15.498 Heroin Base yang ditanam di sebuah kandang kambing di sekitar Kapar, Selangor. Taktik ini adalah yang terbaharu digunakan oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa terhadap aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah’’.

Jumlah nilai rampasan dadah tersebut adalah dianngarkn bernilai RM 10.39 juta dan dipercayai untuk pasaran tempatan. Jumlah dadah yang dirampas inj juga boleh dibekalkan kepada 2.38 juta orang penagih.

Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita (4) buah kenderaan serta (1) akaun bank yang dianggarkan bernilai RM269,229.

Kesemua suspek ditahan reman selama (7) hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

JSJN menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah, sila salurkan ke Hotline JSJN di talian 012-2087222

NARKOBA MUSUH NEGARA

SOURCE / REPORTER : DEWI K.H. EDITOR : LIESNAEGA.

Pos terkait

Tinggalkan Balasan